Assalamualaikum semua, hari ni saya bercadang untuk mula menulis di blog dan menceritakan kesah saya, di mana saya bermula, siapa saya pada awalnya. Sebab apa yang saya faham, orang berjaya ni mereka akan suka menulis dan menulis agar setiap kesah mereka menjadi inspirasi dan pengajaran buat para pembaca yang rajin mengikuti kesah kejayaan mereka. =)
`
`
Baiklah, untuk permulaan, saya beritahu serba sedikit mengenai latar belakang saya ya.
Nama: Muhammad Fatthullah Al Fatah bin Badarudin
Umur: 24 tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Menetap: Di Shah Alam
Status: Bujang
Pekerjaan: Bisnes Man
Asal: Negeri Sembilan
Pengajian:
i) Tadika Kemas Kuala Pilah (1994-1996),
ii) Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah (1997-2002),
iii) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (Jurusan Sains Agama) (2003-2007),
iv) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (Jurusan Sains Fizik) (2008-2009),
v) Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian)) (2009-2012).
`
`
Ok, itu serba sedikit mengenai background saya, supaya anda semua dapat kenal saya dengan lebih mendalam. Macam mana saya sampai di Shah Alam?? Haha, Waktu tu sebenarnya, saya tengah Praktikal Semester 6 di sebuah syarikat IT yang berpangkalan di Seksyen 15, Shah Alam. Menjadi seorang Practical Trainee di sebuah company IT yang pada saya satu cabaran yang cukup besar kerana saya fresh grad dan banyak sangat tak tahu mengenai dunia luar. Saya rasa cabaran ini agak berat kerana ia melibatkan real client yang sentiasa nak semuanya laju.
`
`
Awal awal saya praktikal di sana, apa yang dapat saya ingat, waktu tu elaun diberi ialah RM200 sebulan. Saya pon fikir dalam hati, agak agak RM200 ni cukup tak ye untuk hidup di Shah Alam??? Cukup kottt hehehe. Mujur saya duduk menumpang di rumah sepupu saya, Kak Eli di TTDI Jaya, Shah Alam. Terima kasih Kak Eli sekeluarga. Pengalaman semasa praktikal pon, masuk je kat company tu, sesi berkenalan dengan semua staf dan tak lama lepas tu dapat satu projek berat.
`
`
Projek berat yang saya maksudkan ialah macam mane nak integrate kan sebuah Machine Passport Reader dengan Coding coding di sebalik tabir. Dulu memang pernah dengar lecturer cakap dengan Coding seperti Java Programming Language, boleh memberi arahan pada Machine tu, tapi dia tak pernah nak ajar macam mane. Maka saya pon terkontang kanting jugaklah dengan kawan saya, Farhan selama hampir beberapa bulan untuk bagi tugasan tu siap dengan sempurna. Tapi last last dalam 50% je yang siap sebab memang dah tak tahu nak develop macam mane lagi. Saya praktikal selama 3 bulan di situ sebelum diambil menjadi Contract Programmer.
`
`
Dengan gaji bulanan RM 1000 saya meneruskan kehidupan di Shah Alam. Waktu tu tak tinggal di TTDI Jaya dah. Saya menyewa di rumah teres dua tingkat di Seksyen 7, Shah Alam. Waktu tu saya diberi jawatan Contract Programmer kerana saya masih belum graduate dan extend 1 subject universiti iaitu Final Year Project. Sepanjang beberapa bulan jugaklah saya ulang alik dari Shah Alam ke Terengganu naik bas sebab berjumpa Lecturer untuk tunjuk progress.
`
`
Alhamdulillah saya selamat berkonvo pada bulan Oktober tahun 2013. Hanya setelah saya selesai berkonvo barulah jawatan saya dinaikkan sebagai Permanent Staf- Programmer iaitu pada bulan Oktober itu juga dengan gaji RM1800.00 dan bila ditolak EPF, SOCSO dapatlah bersihnya RM1593.25. Pada awalnya saya memang minat sampai mengorbankan tidur dari 6 jam jadi 2 jam sahaja, dan sanggup di arahkan ke sana ke mari, tapi akhirnya saya berubah angin dan halatuju. `
`
`
Kelangsungan kerjaya saya di sana tak bepanjangan kerana di hujung hujungnya saya mengambil keputusan untuk berhenti. Kenapa ya??? Sahabat tahu apa sebabnya??? Tak rasa sayang ke nak tinggalkan kerjaya bidang IT?? Dah belajar di UMT dulu lama lama sampai extend then ambek keputusan berhenti??? Kamikaze Betol aku ni haha!!! Dan di sini saya tak cerita pon macam mana dari dunia IT boleh pergi terus ke dunia Bisnes?? Macam mane saya kenal Dr. Azizan Osman??? Nak tahu??? Jika nak, mari ikuti posting saya yang seterusnya ya. Jangan ketinggalan. =)
`
`
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah
CEO & Founder,
Lovely Choco Taste
No comments:
Post a Comment