[ NANTI APA ORANG KATA ]
`
Pernah dengar ayat tu??? Mesti pernah kan. Begitu juga dengan saya. Sewaktu saya decide untuk berhenti kerja makan gaji dan berbisnes secara fulltime, terlalu ramai orang yang memperendahkan saya dan cakap benda yang lebih menjerumus ke arah negativiti.
`
Antaranya ialah:
-> Nanti apa orang kata, gaji dah sedap sedap dapat tiap hujung bulan tiba tiba nak berhenti kerja pulak. Apa kau nak makan nanti?
~> Kau belajar dekat 4 tahun dalam bidang IT siap extend 1 sem lagi dan lastly tinggalkan bidang IT nak berbisnes makanan, nanti ape orang kata???
~> Kau graduate ada pegang segulung ijazah dari universiti tapi kau tiba tiba nak berbisnes, nanti apa orang kata???
~> Kau terlalu muda untuk berbisnes, orang susah nak percayakan kau yang masih mentah ni. Nanti ape orang kata???
~> Kau kerja dalam industri IT dah setahun setengah tapi kau dah nak berhenti kerja buat bisnes, nanti apa lecturer kau kata???
~> Orang melayu payah nak berjaya dalam bisnes, buatnye kau tak berjaya, nanti apa orang kata????
~> Kau nak berbisnes kek coklat?? Berapalah sangat kau boleh dapat dari jual kek tu???

Sentap kan dengar ayat ayat begitu?? Pahit untuk ditelan apatah lagi untuk didengari, tapi itulah realiti. Saya terpaksa telan semua itu walaupon pahit dan saya tahu itu sememangnya persepsi orang yang hidup biasa biasa.
`
Orang yang hidup luar biasa pasti akan menyokong dan mendoakan kejayaan saya dalam lapangan bisnes ini. Saya teringat pesanan mentor bisnes saya, katanya: " TO CHANGE OTHER PEOPLE, YOU MUST CHANGE FIRST". Dan kemudian saya mendapat penjelasan yang lebih panjang lebar dari jutawan kek coklat.
`
Kata sang jutawan tersebut, biar diri kita yang berubah terlebih dahulu, nanti bila orang mula melihat kejayaan kita lama kelamaan automatically mereka pon ingin berubah dan mula ikot jejak kita untuk sama sama berjaya.
`
Alhamdulillah sekarang saya sudahpon berbisnes secara fulltime selama setahun lebih dan networking pon for sure semakin besar. Kini segala penat lelah saya setahun yang lalu mulai terbayar. Kemanisan berbisnes itu sudah mula dirasai sekarang.
`
Jika dahulu outlet saya di awal awal berbisnes hanyalah 4 outlet sahaja, kemudian 1 outlet tutup maka tinggallah 3 outlet sahaja. Masing masing semuanya di Seksyen 15, Shah Alam. Dulu nak servis 4 outlet pon dah terasa susah dan tak cukup masa.
`
Berkat doa, kesabaran, konsistensi dan istiqamah dalam jihad bisnes ini, sedikit demi sedikit outlet saya semakin bertambah. Dari 4 outlet, bertambah jadi 10 outlet, kemudian 15 outlet, naik ke 20 outlet dan sampailah ke tahap yang sekarang iaitu dah pon mencecah 70++ outlet.
`
Teringat pesanan paling bermakna dari seorang jutawan industri, katanya kita kena bersyukur dahulu pada Allah dengan segala pemberianNya ini dan kurangkan mengeluh kemudian barulah Allah Taala tambahkan nikmat dan rezekiNya pada kita.
`
Syukur Ya Allah kerana kau jadikan aku insan terpilih untuk berjuang dalam jihad bisnes ini yang mana nawaitu hambaMu ini sememangnya ingin meningkatkan lagi ekonomi ummat Islam sampai suatu tahap, ekonomi ummat Islam di Malaysia ini begitu kukuh selari dengan kukuhnya iman dan taqwa di dada setiap ummat Islam di Malaysia ini.
`
Permudahkan jalan bisnesku Ya Allah. Tunjukkan daku jalan yang benar dan lurus. Berkatilah setiap usaha murniku ini. Jadikan daku hambaMu yang sentiasa bersyukur padaMu. Amiin Ya Robbal Alamiin.
`
No comments:
Post a Comment