[ MARI JADI BAHLUL YANG MENJUAL ISTANA PASIR!]
`
Seketika dahulu ada seorang lelaki hendak menjual sebuah istana yang dibuat dari pasir dengan harga beberapa ratus dinar.
`
"Mari belilah istana pasir ini nescaya anda akan dapat istana yang tersergam indah! Percayalah!!!"
`
Punya ramai yang mendengar tawaran jualan itu namun tiada siapa yang berminat dan percaya akan cakap si Bahlul.
`
Namun seorang isteri Khalifah, Siti Zubaidah kebetulan lalu berdekatan dengan tempat Bahlul berjual datang bertanya, "Benarkah jika dibeli maka akan diberikan istana yang indah?"
`
Setelah diyakinkan oleh si Bahlul maka Siti Zubaidah pun membeli istana pasir tersebut dengan harga beberapa ratus dinar.
`
Apabila Siti Zubaidah pulang ke istana, suami Siti Zubaidah iaitu Khalifah Harun ar Rashid telah pun mengetahui tentang kisah isterinya itu lalu menyindir tindakan isterinya itu yang kurang cerdik mempercayai yang istana pasir bakal bertukar menjadi istana mahligai indah.
`
Namun apabila malam tiba, Khalifah Harun ar Rasyid telah bermimpi bahawa baginda telah melihat sebuah istana yang amat besar lagi cantik di dalam syurga.
`
Baginda datang menghampiri istana berkenaan dan cuba untuk masuk ke dalam istana namun niat baginda itu tidak kesampaian kerana di halang oleh penjaga istana berkenaan. Penjaga istana di syurga itu mengatakan kepada baginda bahawa istana tersebut dimiliki oleh Siti Zubaidah isteri baginda.
`
Rupa-rupanya yang menjual istana pasir kepada Siti Zubaidah, permaisuri Khalifah Harun ar Rasyid adalah Bahlul al-Majnun seorang wali Allah.
`
Duit dari hasil jualan istana pasir tadi, Bahlul al-Majnun telah sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan. Mengetahui tentang itu, kemudiannya Khalifah Harun ar Rasyid telah pergi menjumpai Bahlul al-Majnun untuk membeli istana pasir yang sama.
`
Tatkala menyuarakan hasrat baginda, Bahlul al-Majnun mengatakan,
"Sesuatu yang sudah nampak kini sudah tiada nilainya"
`
Maka hampalah Khalifah Harun ar Rasyid untuk memiliki istana di dalam syurga seperti yang baginda nampak di dalam mimpinya.
`
Pengajarannya maka beribadahlah sementara Allah belum menunjukan ganjarannya. Kelak sudah ditunjuk maka tiadalah bernilai sebarang ibadah.
- admin Fatah -
No comments:
Post a Comment