Saturday, 28 February 2015

[ 3 SOALAN TENTANG DR AZIZAN OSMAN YANG BIASA ORANG TANYA? ]
`
`
1. Siapa Dr Azizan Osman. Ramai orang tanya saya.
Ini jawapan saya:
`
Dia sangat pendiam. Dia petah berkata di atas pentas. Dia tidak bercakap pasal orang. Apatah lagi pasal program kendalian orang lain. Tidak pernah.
Apabila tidak mengajar dia belajar.
-> Dia berguru dengan segala otai dunia training.
-> Dia bekas pelajar sekolah Cina selama 11 tahun.
-> Dia pandai cakap Cina.
-> Dia mendekati pondok dan pasantren. Dia belajar agama dengan guru.
-> Dia pakar pemasaran. Latihan jualan dari rumah ke rumah yang beliau perolehi semasa sekolah dan kerjaya menjadikan dia hebat macam sekarang.
-> Dia kaya. Memang kaya. Sebahagian dari kekayaan digunakan untuk tujuan memuliakan agama.
-> Dia jaga emak. Dia memuliakan emaknya. Dia meraikan keluarganya.
-> Dia ada sejarah lalu. Dia ada sejarah masa kini.
-> Dia bakal menempa sejarah masa depan.
`
2. Soalan seterusnya?
Bagaimana Dato' Roslan Ab Hamid rapat dengan dia?
`
Saya hanya seorang dari 400,000 pelajar dia. Tapi saya pelajar pintar. Pelajar pintar akan disayangi guru. (Puas hati)
`
3. Dr Azizan Osman itu parti apa?
`
Saya tidak pernah tanya. Namun saya dapat teka. Dari lenggok kata. Hebat DAO dia dapat beza antara personaliti dengan parti. Dia bawa anak dia "belah mulut" dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kecoh orang UMNO yang picisan.
`
Saya kata, dalam Malaysia ini apabila dibuat kajian 100 orang berpengaruh. DAO adalah satu dari 100 orang. Bagaimana mungkin anda yang kerdil mahu memaksa nilai anda kepada gergasi. Anda tidak akan faham cara berfikir orang bistari.
Dekati dia. Fahami dia. Berkhidmat untuk guru. Akhirnya GURU akan berikan sebidang tanah ditepi Istana untuk kita dirikan pondok kecil.
Saya telah dapat tanah sebidang untuk dirikan pondok. Anda bila lagi?
Puas Hati atau MAHU TANYA LAGI.
Credit to Dato Roslan Ab Hamid smile emoticon

No comments:

Post a Comment