Saturday, 28 February 2015

[ PECAHKAN EGO DALAM DIRI..... MAMPUKAH ANDA ??? ]
`
Mentor bisnes saya berkata, orang yang berjaya pecahkan ego die, tak kira lelaki ke perempuan, saat apabila die berjaya rendahkan ego die dan rajin menuntut elmu dari orang yang terbukti kaya dan berjaya, nak tak nak pasti dia pon terpaksa kaya dan berjaya jugak.
`
Saya ada suatu pengalaman dan juga sedikit cabaran di awal awal saya berniaga iaitu sekitar awal tahun 2014. Waktu itu saya sudah approach dan berjaya masuk ke suatu outlet stesen minyak.
`
Cashier stesen itu ialah seorang perempuan, dan waktu tu saya sudahpon diberi kebenaran untuk masukkan produk kek Anis Choc Moist Cake ke stesen tersebut. Cashier macam biasa lah tugasnya, memanggil supervisor stesen yang juga seorang perempuan. Kemudian datang lah supervisor itu dan seperti biasa, akan mengarah saya letakkan kek di tempat dealer's choice.
`
So, mereka berborak dan nada borak mereka agak menyindir saya waktu itu dengan berkata:
"Wah! Bawak masuk kek coklat...tukang jual....wauu, lelaki !! Lelaki jual kek hihihi" sambil tergelak ala ala gelak menyindir sesama mereka.
`
Saya macam biasa buat tak dengar je dan susun kek sambil senyum sendirian. Saya berkata dalam hati, saya nak cari rezeki halal. Tak perlu rasa kecil hati ataupon terasa hati. Hati saya kental. Dan sebarang cabaran saya tetap terima dengan hati yang terbuka.
`
Bayangkan kalau lelaki yang biasa- biasa dan golongan yang tersangat dikenali dengan ego yang tinggi, lepas tu disindir pulak sebegitu rupa, agak agaknya mahu mengamuk jugak lelaki tu kan? Dan lepas tu terus kecewa dan tak buat dah bisnes kek ni dan hilang fokus terus. Kesiann~ tongue emoticon
`
Di sinilah saya mengingati semula pesan mentor bisnes saya. Katanya, kebanyakan student die yang telah berjaya dan buat sales juta juta setahun ialah student perempuan. Lelaki payah nak berjaya sebab EGO TINGGI. So, bila semakin rendah egonya, semakin tinggilah kejayaannya.
`
Bagaimana dengan diri kita??? Adakah kita masih lagi mempunyai EGO yang tinggi di dalam diri??? Tepuk dada tanyalah hati. smile emoticon
`
Salam Usahawan,

No comments:

Post a Comment