Saturday, 28 February 2015

[ UNGKAPAN INSPIRASI BUAT DIRI ] heart emoticon smile emoticon
`
"HANYA BISNES MAN YANG BERJIWA BENAR BENAR KENTAL SAHAJA SANGGUP DELIVERY KEK SEBANYAK 2 KOTAK YANG BERJUMLAH 100 BEKAS KEK Anis Choc Moist Cake DENGAN MENGGUNAKAN MOTOR DAN MEREDAH HUJAN LEBAT LAGI PEDIH DI TENGAH TENGAH HIGHWAY DARI R&R DENGKIL SAMPAI KE R&R SUNGAI BULOH".
`
Fatthullah Al-Fatah, 3 September 2014
`
Begitulah ungkapan saya suatu masa dahulu untuk memotivasikan dan menginspirasikan diri sendiri. Apabila sampai di rumah selepas selesai delivery, habis basah kuyup baju seluar semuanya. Bagi saya, yang penting kotak kek sudah ditutup dengan plastik hitam besar dan diikat kemas kemas jangan bagi air masuk walau setitik pon.
`
Alhamdulillah, ia memang pengalaman yang tidak dapat dirasai oleh orang biasa biasa. Itulah saya. Saya gunakan apa sahaja yang ada di sekeliling saya untuk survival dan terus maju dan maju ke hadapan.
`
Syukur pada Allah Taala, sekarang income saya makin bertambah dari hari ke hari. Saya sangat percaya bahawa nak mengecapi kekayaan kejayaan merupakan suatu proses yang bukan hanya setahun dua. Ia bukanlah seperti konsep, harini kita susah, esok bila bangun dari tidur celik mata tiba tiba kita dah jadi kaya.
`
Proses ini memang memakan masa bertahun tahun dan hanya bisnes man yang benar benar sabar, konsisten, komited, menjaga attitude dan mempunyai semangat juang yang tinggi sahaja yang akan terus maju ke hadapan.
`
Saya sudah pon melalui proses pahit getir dulu kala sewaktu tahun yang pertama berbisnes dan sekarang pon saya masih lagi melalui proses menuju ke jalan kekayaan dan kejayaan yang penuh keberkatan dunia akhirat. Doakan kejayaan saya ya. Next target, saya berjaya menjual 1000 bekas kek Anis setiap minggu di setiap outlet. Semoga Allah permudahkan urusan murni saya ini. InsyaAllah Amiin. smile emoticon

No comments:

Post a Comment