[ TAHUKAH ANDA BAGAIMANA NAK MEMBUKA PINTU REZEKI SETIAP HARI??? ] heart emoticon heart emoticon heart emoticon
`
Sesungguhnya rezeki itu hak mutlak Allah Taala. Makin kita dekat padaNya, makin Dia kurniakan rezeki yang berlipat ganda pada kita. Alhamdulillah, minggu ini sahaja saya dapat banyak berita gembira mengenai bisnes yang semakin "expanding" dengan cukup ketara ini sehingga saya perlu adjust semula masa delivery saya di setiap outlet. Walaupon strategi pemasaran saya ade sedikit kelainan dan mengikut kreativiti yang tersendiri, Alhamdulillah "banyak tanaman yang saya semai di banyak tempat strategik kini telah pon membuahkan hasil yang cukup lumayan".
`
Faham ke faham ??? Tak faham takpe hehe. smile emoticon
`
Nak tahu apa RAHSIA dan KUNCI UTAMA saya??? Mari saya beritahu sesuatu yang anda rasa tak percaya tapi bila dah buat sendiri anda pasti percaya. Apakah ia yang saya maksudkan??? RAHSIANYA IALAH SOLAT DHUHA. Pesan saya, buatlah Solat Dhuha setiap hari. Saya ulang sekali lagi, Buatlah Solat Dhuha setiap hari. Biarpon kita ini macam liat dan malas nak buat pada awalnya, paksalah sedikit diri kita, nanti lama lama pasti jadi terbiasa.
`
Dulu saya sewaktu belajar di sekolah asrama penuh, SBP Integrasi Jempol (InteJ), pengetuanya, Puan Hajah Zainon sangat menggalakkan untuk kami students meluangkan masa rehat untuk ke surau sebentar dan buat solat sunat Dhuha. Saya sangat malas pada awalnya, dan waktu first buat tu, Ya Allah, kekoknya rasa. Sebab tak pernah solat di waktu siang hari pukul 10 pagi haha.
`
Lama-lama hati yang pada awalnya keras membatu dan terpaksa ini akhirnya menjadi rela dengan sendirinya. Sampai satu tahap, rasa tak sempurna pagi hari jika tak bersolat Dhuha.
`
Lepas saya bertalaqqi dengan Ustaz yang Mursyid, barulah saya tahu bahawa solat Dhuha ini sebenarnya pembuka pintu rezeki seseorang. Tak percaya?? Lihatlah jika anda amalkan buat solat Dhuha, sangat banyak rezeki yang anda dapat dari sumber yang tak disangka sangka. Pesanan saya, amalkanlah solat Dhuha selalu ya. Nescaya banyak keajaiban yang akan anda lihat sendiri dan membuatkan kita terfikir sejenak, Ya Allah, tak sangka begitu indah sekali Aturan Hidup yang Dikau telah takdirkan special untuk diriku. smile emoticon
`
Renung renungkan dan selamat beramal. heart emoticon
smile emoticon
smile emoticon
No comments:
Post a Comment