Saturday, 28 February 2015

[ THE POWER OF DOA - PART 1 ] heart emoticon smile emoticon
`
Dalam suatu hadis Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermakud: "Hendaklah kamu ketahui, bahawasanya Allah Taala tidak akan menerima doa dari hati yang lalai". Itulah antara ciri ciri doa yang tidak diperkenankan.
`
Hal inilah yang pernah berlaku pada saya satu ketika dulu. Doa nak laju je. Namanya express pos doa. Tajwid bacaan doa dan bahasa Arabnya pon tunggang langgang.
`
Dan bila doa kepala hotakk ni pulak memikir ke benda lain (tak fokuslah tu ye), contohnya lepas ni aku nak makan kat kedai mane ye (waktu tengah doa tu!). No wonderlah doa saya waktu itu tak diperkenankan langsung oleh Allah Taala.
`
Selepas solat, saya sememangnya suka membaca doa ini:
" Allahuma 'ghnina Bil 'Ilmi,
Wa Zayyinna Bil Hilmi,
Wa Akrimna Bittaqwa,
Wa Jammilna Bil 'Aafiah"
`
yang bermaksud:
`
" Ya Allah, Kayakanlah Kami dengan Ilmu,
Dan Hiasilah Kami dengan Sifat Lemah Lembut,
Dan Muliakanlah Kami dengan Ketaqwaan
Dan Cantikkanlah Kami dengan Kesehatan".
`
Baca doa tapi pemikiran menerawang, maka apa yang saya doa tu, lain pulak hal yang terjadi:
-> Saya doa kayakan saya dengan ilmu, tapi sebaliknya saya dapat ilmu yang salah dan beberapa kali ditipu orang (ilmu kayap namenye tu ye tongue emoticon).
-> Saya berdoa hiasi diri saya dengan sifat lemah lembut, tapi sebaliknya saya jadi bengis dan cepat marah.
-> Saya berdoa muliakan diri saya dengan ketaqwaan, tapi sebaliknya saya tak bercirikan orang bertaqwa, saya mengasari dan melukakan hati kawan, teman malahan ibu bapa.
-> Saya doakan cantikkan diri saya dengan kesihatan, tapi sebaliknya saya selalu sangat sakit dan demam sampaikan kawan universiti saya kata saya ni jenis orang cepat demam.
`
Semua tu terjadi sebab apa???? Ada 2 sebab yang pasti iaitu:
1. Keyakinan hati saya pada Allah Taala tak kuat waktu tu!
2. Waktu doa, saya tak fokus dan tak mendalami serta menghayati makna indah doa itu!
`
Hanya selepas menghadiri suatu program yang sememangnya tugasan mentor itu menjadi kontraktor mencuci keladak hati dan kolam jiwa, waktu dalam program itu barulah saya diajar ilmu ini yang dikenali sebagai The Power of DOA! Kesian saya, 23 tahun hidup tak pernah mengerti kenapa doa tak diperkenankan dan hampir hampir menyalahkan takdir suatu ketika dulu!
`
Jahilnya saya waktu dulu kala, nampak kadang kadang pakai kopiah tapi hati sendiri jahil dengan ilmu keagamaan. Syukur dan terima kasih pada mentor bisnes saya, Dr Azizan Osman (DAO) kerana berjaya mengubah persepsi, minda dan diri saya secara luaran dan dalaman.
`
Syukur pada Allah Taala, menggerakkan hati saya untuk berjumpa dengan CEO Anis Choc Moist Cake selepas tamat program DAO dan di situlah bermulanya titik permulaan saya berniaga. Bermula dari part time dealer, transform jadi fulltime dealer. Alhamdulillah sekarang dah setahun lebih berniaga, kawasan jajahan pon semakin besar.
`
Dan saya percaya, golongan berniaga ini lebih lebih lagi kena kuat dan banyakkan berdoa kepada Allah Taala Robbul 'Alamiin. Sebab cabaran orang berniaga ini tak sama dengan cabaran sewaktu bekerja makan gaji (hujung bulan tengok gaji dah masuk). Senang kata, kalau kita rajin usaha, jaga attitude dan doa tak lekang di mulut, insyaAllah rezeki kita makin lama makin banyak dan makin menggunung tingginya. Akhir kata, ingatlah sesungguhnya rezeki itu Hak Mutlak Allah Taala. smile emoticon
`
p/s ~ Nantikan siri THE POWER OF DOA - PART 2 ya smile emoticon

No comments:

Post a Comment