Saturday, 28 February 2015

[ VALUE YANG ADA PADA DIRI KITA ] heart emoticon smile emoticon
`
Seseorang senior dalam industri bisnes pernah beritahu saya:
`
Fatthullah Al-Fatah, jangan risau jika baru bisnes orang masih tak nampak kau dan kau approach outlet pon orang macam tak nak je produk kau tu. Nanti bila kau makin berkembang maju dalam bisnes dan berjaya marketkan diri dan juga produk, nak tak nak orang akan mula cari kau dan kat situ kau akan nampak, kau sememangnya sudah ada value yang tersendiri."
`
`
Suatu ungkapan yang pada satu ketika dahulunya saya dengar dan hadamkan baik baik. Waktu itu sekitar hujung tahun 2013. Saya masih lagi bekerja dengan orang di bidang IT dan sedang mula mengorak langkah untuk bekerja sendiri (bisnes).
`
Alhamdulillah setahun lepas itu,bisnes saya semakin berkembang maju dan memang saya sudah ada VALUE saya yang tersendiri. Buktinya?? Nama saya disebut sebut dalam perbincangan kecil di kalangan owner stesen minyak dan terus dicadangkan untuk pergi servis ke rangkaian stesen minyak milik kawan kawan owner stesen minyak itu.
`
Dan tak kurang juga, terlalu ramai yang "personal message" saya bertanya bagaimana tuan boleh berkembang maju dalam bisnes. Adakah dari keluarga background bisnes?? Jawapan saya, saya bukan dari keluarga bisnes.smile emoticon
`
Dan ramai juga yang "personal message" saya untuk jadi ejen produk mereka. Setakat ini saja dah lebih 10 produk owner yang pm saya. Tapi saya minta maaf banyak banyyak ye, saya tak mampu nak bawak banyak banyak produk. Saya sangat mementingkan pengurusan akaun saya. Tak mahu nanti, duit modal produk A digunapakai untuk beli produk B dan modal produk B guna untuk beli produk C. Nanti jadi caca marba akaun.
`
So, akhir kata, biar pon kita ini tiada apa apa pada awalnya, jika kita jaga attitude kita, kita rajin mencari Elmu dan juga bersikap konsisten, sabar dan terus maju ke hadapan dalam bisnes, mahu tak mahu kita pasti jadi golongan yang kaya dan berjaya dengan penuh keberkatan dunia akhirat. InsyaAllah Amiin. smile emoticon

No comments:

Post a Comment