[ BISNES SHUGARHOLIC MELETUP LETUP !!! ] - 3 NOVEMBER 2013
`
"DARI HIDUP BIASA2, KINI MENJADI HIDUP LUAR BIASA"
(BISNES MELETUP2 DI PASARAN & TERPAKSA JADI KAYA & BERJAYA)!!!!
(BISNES MELETUP2 DI PASARAN & TERPAKSA JADI KAYA & BERJAYA)!!!!
`
Dulu, pada tanggal 7 October 2013, saya berjumpa tauke Anis Choc Moist Cake utk berkongsi pandangan saya mengenai jalan kehidupan yang akan saya tempuhi. Kak Anis Cmc mencadangkan agar saya minta pendapat dari orang yg sudah berhenti kerja (yg sama kes macam saya) & waktu itulah saya pertama kalinya terserempak & bersua muka dgn dua insan hebat ini iaitu Tuan Zaidi Hassan & Puan Maza Asma Mustaffa.
`
Sahabat sekalian kenal ke kenal mereka berdua ni?? Mereka lah tauke/ big boss Shugarholic Confectionery yang sekarang tengah meletup2 sales mereka di pasaran dgn produk ternama Shugarholic iaitu Cheezylicious Marie Layer (CML) (seperti gambar di bawah ye). Dahulunya mereka ini hidup makan gaji & akhirnya mereka decide utk berbisnes sepenuh masa kerana mereka yakin pasti akan kaya & berjaya jika mereka ikut betul2 formula M.E.S.T.I. Haaa, nak taw ape tu makna MESTI?? Jom join seminar Dr. Azizan Osman. Pasti akan tahu dengan detail formula itu. So perkongsian semalam (2 November 2013) dengan Abg Zaidi & Akak Maza ini memang cukup terkesan di jiwa & sanubari saya.
`
They are a very3x positive minded person (punyai attitude yg sama macam kak Anis & abg Junaidy Abu Bakar). Pesan mereka kpd kami, jika kita ditimpa kesulitan/ musibah, jangan pandang dari sudut yg buruk. Sebaliknya, pandanglah dari sudut yg PENUH BERHIKMAH. Tuhan Yg Maha Esa mendatangkan ujian kepada kita untuk menguji kita & melihat reaksi hambaNya dikala kita ditimpa ujian itu, adakah kita mengeluh, komen2, komplen2, maki hamun sana sini, marah2 ATAU adakah kita bersyukur, hati tetap tenang & yakin pasti ade HIKMAH tersembunyi dari Allah.
`
Di samping itu, mereka ade berpesan, jika kita makan, then kite rasa makanan tu tak sedap. JANGAN KOMPLEN!!! Senyap2 sudah. Makanan, minuman itu adalah rezeki dari Allah. Jika kita komplen2, rezeki pasti akan jauh dari kita. Banyak lagi yg mereka share kan kpd kami. InsyaAllah akan kami hayati setiap pesanan berhikmah mereka itu & jadikan panduan utk jalan kehidupan kami kelak.
`
Apa2 pon ,setinggi2 tahniah kepada mereka berdua kerana bakal membuka sebuah lagi kedai Shugarholic dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah , memang rezeki yg x disangka2 yg Allah beri kepada mereka. Bak kata mereka, mereka gunakan The Power of MIND. Mereka selalu sebut2 dalam kehidupan seharian mereka ayat ni:
"Kita akan buka satu kedai lagi".
"Kita akan buka satu kedai lagi".
`
Sahabat2 ingat lagi ape pesan Dr. Azizan Osman yg sy selalu sebut2 kan?? Jom same3 kite sebut & hayati ayat ini:
"Ape yg kita fikir, ape yg kita rasa, ape yg kita cakap, apa yg kita buat, semua itu adalah DOA!!!"
"Ape yg kita fikir, ape yg kita rasa, ape yg kita cakap, apa yg kita buat, semua itu adalah DOA!!!"
`
Alhamdulillah, memang jadi kenyataan apa yg mereka impikan selama ini. Nampak macam x logik je kan?? Tapi jika kita selalu sebut2 apa yg kita nak, kita tulis dgn jelas impian kita, InsyaAllah Allah akan mudahkan & tunjukkan kita jalan bagaimana nak realisasikan apa yg kita impikan itu. Selamat maju jaya saya ucapkan utk abg Zaidi & kak Maza. Anda Jutawan Industri!!
`
TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK CINTA MAKA TAK KASIH, TAK KASIH MAKA TAK SAYANG.
Salam Sayang buat semua
heart emotic
No comments:
Post a Comment