Saturday, 28 February 2015

[ CABARAN YANG HEBAT UNTUK ORANG YANG HEBAT!!! ] - 10 JUN 2014
`
Bermakna sungguh kan tajuk ni?? Kawan-kawan sekalian ingat jutawan-jutawan yang kaya dan berjaya sekarang ni, sebelum mereka bergelar jutawan, ujian mereka ringan je ke????
`
No no no. Tidak sama sekali. Saya ambil contoh yang paling terdekat dengan saya iaitu pengasas kek coklat Anis Choc Moist Cake ini iaitu Akak Anis dan Abang Junaidy. MasyaAllah cabaran mereka tersangat-sangat hebat. Berbagai-bagai turning point yang mereka lalui. Nak dengar sedikit sebanyak kesah jatuh bangun mereka??
`
First of all, rumah mereka dilelong itu merupakan antara cabaran yang cukup hebat bagi mereka. Dah la time tu mereka sudah ade anak-anak dan masih kecil lagi. Bayangkan rumah kena lelong, seribu satu ikthiar mereka fikirkan macam mane nak survive lepas tu. Sampaikan jiran-jiran sekeliling mereka tanya, "Eh rumah korang ke yang kena lelong tu??". Malu tak terkata mereka bila jiran tanya macam tu. Sentapp!!!
`
Kemudian cabaran bab kereta mereka pula. Kereta Proton Saga first model yang mereka bawak time tu memang dah tersangat uzur. Dah la banyak kali rosak sana sini, kena tukar enjin dua kali pulak tu. Sape je yang sanggup survive macam tu?? Mereka survive dalam terpaksa kerana kewangan mereka waktu tu tersangatlah limited edition.
`
Kesah ini agak menyayat hati di mana supervisor Petronas sendiri yang menjadi saksi dan menceritakan semula pada saya bagaimana die sebagai seorang insan biasa pon jatuh kasihan tengok kak Anis yang tersangat tabah di awal-awal perniagaannye dahulu.
`
Rutin kak Anis dulu kala ialah naik kereta Proton Saga klasik first modelnya tu dan keluar dari kereta dengan bawak bakul penuh berisi kek. Time tu kak Anis tengah sarat mengandung. Memang sapa yang nampak rase kesian sangat. Yelah, sape yang tak kesian tengok ibu yang sarat mengandung bawak bakul berat-berat berisi kek coklat. Jatuh simpati pon ade. Sob sob frown emoticon
`
Itulah yang diceritakan oleh supervisor stesen minyak Petronas kepada saya sendiri. Beliau menjadi kawan kak Anis di kala beliau belum lagi menjadi jutawan dan masih hidup sebagai golongan biasa-biasa. Alhamdulillah sekarang, kak Anis dan abang Junaidy, sudah mampu membeli dan tinggal di rumah banglo milik mereka bernilai rm4 juta lebih, keretanya pula ada tiga terdiri daripada Toyota Alphard, Mini Cooper dan sebuah BMW.
`
Kawan-kawan lepas bace kesah mereka ni, ape macam?? Nampak ke nampak? Cabaran yang hebat untuk orang yang hebat. Saya suka mengambil contoh kak Anis sendiri kerana apa yang saya lalui sekarang ini, telahpon kak Anis lalui di zaman lampaunya beberapa tahun yang lalu.
`
Mereka mula berubah apabila mereka menghadiri Seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks yang mana ia sangat-sangat membantu bukan sahaja dari segi teknik-teknik pemasaran yang profesional dan betul, bahkan ia merangkumi konsep jasmani, rohani, hati dan akal fikiran yang mana mampu menjemput pelbagai bentuk rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
`
Berbekalkan elmu yang penuh di dada. InsyaAllah pasti setiap cabaran kita dapat lalui dengan tenang dan tabah. Semoga kite semua menjadi semakin kaya dan berjaya dengan penuh keberkatan dunia akhirat. Amiin.
`
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah

No comments:

Post a Comment