[ NOTA PERINGATAN DIRI SEBELUM MEMULAKAN TUGASAN ] heart emoticon heart emoticon heart emoticon
'
'
Aku tanya diriku sebelum pergi service outlet. Kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau pilih jalan kekayaan kejayaan wahai Fatthullah Al-Fatah???
'
'
Hatiku menjawab dengan yakin, kerana aku mahu menyumbang semula kepada masyarakat agar apabila aku mati kelak, pahala itu mengalir dan terus mengalir. Mudah mudahan ada tempat yang baik untukku di akhirat kelak.
`
`
Aku tahu cabaran pasti akan ada, tapi aku lebih tahu bahawa misi dan niat murniku ini pasti Allah akan bimbing aku ke jalan yang diredhainya dan Allah pasti permudahkan segalanya.
`
`
Biarlah orang nak kata apa, biarlah orang bertanya kenapa kau beriya sangat mahu jadi kaya dan berjaya, aku mampu membalas jawapan mereka dengan persoalan persoalan berikut:
1) Kau mampu ke nak sponsor at least mak ayah adik beradik dan sedara mara pergi menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Makkah, Saudi Arabia??
`
2) Kalau ada orang minta derma untuk yayasan kebajikan anak yatim dan fakir miskin, kau mampu untuk beri dengan jumlah yang banyak atau dengan kata yang lain, kau tanggung makan minum perbelanjaan at least sebuah keluarga fakir miskin??
`
3) Kau tak terasa nak menyumbang semula, memberikan jasa samada dalam bentuk wang ringgit ataupon yang sewaktu dengannya pada institusi tempat kau belajar?? Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga ke universiti??
`
4) Kau mampu kalau orang tu takde pekerjaan ataupon apa-apa sumber pendapatan, kau berikan sumber pendapatan pada mereka sehingga anak bini mereka cukup makan minum dan dapat beli macam macam??
`
5) Adakah kau mampu untuk belanja orang tersayang belikan sesuatu yang cukup bernilai seperti belikan mereka rumah dan kereta atau apa sahaja yang mereka teringinkan?? Contoh mak dan ayah teringin sangat nak ada sebuah kereta untuk memudahkan mereka pergi sarapan pagi dan jalan jalan ke sana sini dengan mudah??
`
`
Itulah yang selalu Dr Azizan Osman tekankan dalam kelas, kita kaya bukan untuk bermegah sana sini ataupon kaya sorang sorang. Sebaliknya niat kita kaya untuk menambah nilai dan membahagiakan orang lain. Faham ke faham???
`
`
Jika niat kita betol, percayalah mahu tak mahu, kita pasti jadi seorang Muslim yang kaya dan berjaya dengan penuh keberkatan dunia akhirat. InsyaAllah Amiin. smile emoticon heart emoticon
No comments:
Post a Comment