Sunday, 1 March 2015

[ JUJUR DALAM TINDAKAN DAN PERBUATAN ] <3  =)  - 12 OGOS 2013

`
Alhamdulillah sudah selamat tiba di Shah Alam. Sedikit perkongsian saya di pagi ini, yakni berkaitan HATI dan KEJUJURAN:
`
"Saya mengisi minyak kereta saya di sebuah stesen minyak dengan harga RM15. Jurupam minyak (seorang berbangsa Cina) datang untuk serve saya (as a customer) dan saya menghulurkan kepada beliau sekeping not RM50. Beliau set kan amount RM15 di pam minyak tersebut dan kemudian menghulurkan kepada saya duit baki berupa sekeping RM20, sekeping RM10 dan dua keping RM5. 
`
Ok, thank you....but.... WAIT A MINUTE !!!! Terlebih RM5 ni bang!! Saya segera memanggil semula abang jurupam tadi & pulangkan kepadanya baki yg terlebih itu. Dia seakan2 terpinga2 kerana tak percaya dia beri duit baki terlebih kepada saya sebentar tadi. Apa2 pun, dia mengucapkan terima kasih yg sangat2 kepada saya. Seorang mak cik cleaner (berbangsa India) yang bekerja di stesen tersebut datang menyapa saya dan berkata:
`
"Adik, bagus adik buat itu macam, zaman sekarang orang kalau nampak itu duit lebih, buat tak nampak, ambek simpan terus. Nasib baik adik jujur, kalau orang lain, dah buat duit sendiri."
Saya membalas semula:
`
"Auntie, tak baik ambik duit lebih, bukan hak kita, Tuhan marah nanti. smile emoticon "
`
Moral: Mungkin Tuhan sengaja menguji kita dengan mengaburkan mata jurupam itu agar tidak perasan yang dia telah memberi duit baki yang terlebih & menggerakkan hatinya agar tidak cek duit baki itu betul2, kerana TUHAN SEBENARNYA INGIN MENGUJI KITA, SEJAUH MANA HATI & NILAI KEJUJURAN KITA DI KALA ORANG TIDAK PERASAN DUIT ITU ADA LEBIHAN BAKINYA DAN HANYA KITA DAN TUHAN SAHAJA YANG TAHU.
`
*Bukan untuk riak ataupun yang seumpamanya, namun untuk mengajak rakan2 semua agar jujurlah dalam setiap perbuatan kita. smile emoticon

No comments:

Post a Comment