Sunday, 1 March 2015

[The Power of Subhanallah Walhamdulillah Wa La 'Ilaha 'Illallah Wallahu 'Akbar ] - 4 OKTOBER 2013
`
<"سبحان الله والحمدلله و لا اله الا الله والله اکبر">
Hebatnya dan Agungnya kalimah ini, tersangat2 hebat, Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta... Jika anda tidak percaya, cubalah sebutkan lafaz kalimah ini semua & hayati maknanya satu persatu dengan mendalam & pasti anda akan menangis air mata keinsafan yg dtg nya dari lubuk hati... Ada 4 Kalimah di sini iaitu:
`
Tasbih (Maha Suci Allah) - سبحان الله
Tahmid (Segala Puji Bagi Allah) - الحمدلله
Afdaluzzikri (Tiada Tuhan Selain Allah)- لا اله الا الله
Takbir (Allah Maha Besar) - الله اکبر
`
Sebut lah kalimah ini sentiasa tanpa rasa jemu dan bosan di mana2 shj anda berada (menunggang motor, driving, buat kerja, dll), nescaya anda pasti akan beroleh ketenangan yg setenang2-nya di hati.... Cuba buat dgn istiqamah & di situ secara x langsung kolam jiwa kita, hati nurani kita menjadi semakin bersih dan bersih & keladak kotoran di hati makin hilang... Dan di sini apabila hati sudah bersih dan terpancar Nur Ilahi, diri kita ini akan mempunyai aura positif yg sangat2 kuat & akan menjadi magnet yg menarik rezeki Ilahi datang kepada kita.

No comments:

Post a Comment