Saturday, 28 February 2015

[ THE POWER OF MIND ] - 23 OCTOBER 2013
`
Minda kita punya pilihan utk berfikir ke arah positif atau ke arah negatif. Nasihat peribadi saya, sila set kan minda kita utk fikirkan yg positif2 sahaja setiap hari barulah diri kita akan menjadi magnet yg positif & akan menarik elemen2 yg positif dlm kehidupan kita. Ini kesah benar yg berlaku pada diri saya sendiri, ade 2 situasi yg negatif & yg positif. Suke untuk saya ceritakan kepada sahabat FB sekalian buat pedoman. smile emoticon
`
Situasi Positif
- Saya seringkali ikut cakap DAO utk menyucikan kolam jiwa kite di samping membayangkan lautan rezeki datang kpd kita & set kan matlamat kita dgn jelas yakni menulis matlamat2 itu di atas kertas. (TULIS JGN TAK TULIS). Seperti sekarang Alhamdulillah saya sudah tulis dgn jelas matlamat saya di Action Plan saya & Alhamdulillah satu2 action plan saya dapat saya jalankan dgn jayanya. Alhamdulillah juga rezeki yang datang kepada saya tak putus2. Terbaru, saya mendapat berita gembira iaitu ade permintaan utk saya masukkan stok kek ACMC di suatu outlet baru di sekitar Shah Alam & di sini bermakna outlet saya bertambah 1 lg menjadikan keseluruhan 5 outlets. Di samping itu, saya juga mendapat permintaan dari pihak kedai utk tambahkan kuantiti stok kek ACMC kerana permintaan yg sangat2 menggalakkan dari pelanggan. Alhamdulillah Syukur PadaMu Ya Allah!! heart emoticon heart emoticon heart emoticon
`
Situasi Negatif
- Petang tadi ade sesuatu yg mengganggu sedikit fokus pemikiran saya. Waktu itu saya menunggang motosikal & mahu ke kedai Anis Choc Moist Cake di Seksyen 13, Shah Alam atas sedikit urusan. Apabila minda saya tak fokus, secara tak langsung minda akan cenderung ke arah negatif sedikit. Nak dijadikan cerita, di traffic light simpang empat depan Hotel Concorde Hotel Shah Alam, apabila lampu isyarat bertukar hijau, saya kalut nak masukkan gear 1. Haha, tu lah, kalut sangat sampai tegelincir kaki kiri nak masuk gear 1 & then selipar pulak tercicir atas jalan!! Hahaha... grin emoticon Dalam perasaan malu tak malu tu, saya pusing balik ikot lorong depan Hotel Concorde (dengan sebelah kaki kiri berkaki ayam kaki kanan berselipar), lalu ke jalan belakang Plaza Masalam then pergi semula ke tempat selipar tu tersadai atas jalan tadi hehe.
`
Nampak tak macam mane The Power Of MIND itu boleh pengaruhi kita???? Lepas kes selipar tercabut tu, langsung saya Switch Back My Mind utk fikir yg positif2 aje sambil istighfar banyak2. Alhamdulillah sampai kat kedai Anis, terjumpa pulak kak Nora Hj Osman. Dulu saya pernah kata kat diri sendiri, kak Nora ni hebat org nye & famous kt FB muke die ni asyik muncul je kat timeline, tapi tak jumpe2 depan mata lg. Alhamdulillah, jumpe depan2 kot ptg td. Hehe, ok semoga kesah benar saya ni jadi pedoman & pengajaran buat semua ya. Salam Sayang heart emoticon heart emoticon heart emoticon
`
THINK POSITIVE EVERYDAY, BE A MONEY MAGNET!! smile emoticon
[ BISNES SHUGARHOLIC MELETUP LETUP !!! ] - 3 NOVEMBER 2013
`
"DARI HIDUP BIASA2, KINI MENJADI HIDUP LUAR BIASA"
(BISNES MELETUP2 DI PASARAN & TERPAKSA JADI KAYA & BERJAYA)!!!!
`
Dulu, pada tanggal 7 October 2013, saya berjumpa tauke Anis Choc Moist Cake utk berkongsi pandangan saya mengenai jalan kehidupan yang akan saya tempuhi. Kak Anis Cmc mencadangkan agar saya minta pendapat dari orang yg sudah berhenti kerja (yg sama kes macam saya) & waktu itulah saya pertama kalinya terserempak & bersua muka dgn dua insan hebat ini iaitu Tuan Zaidi Hassan & Puan Maza Asma Mustaffa.
`
Sahabat sekalian kenal ke kenal mereka berdua ni?? Mereka lah tauke/ big boss Shugarholic Confectionery yang sekarang tengah meletup2 sales mereka di pasaran dgn produk ternama Shugarholic iaitu Cheezylicious Marie Layer (CML) (seperti gambar di bawah ye). Dahulunya mereka ini hidup makan gaji & akhirnya mereka decide utk berbisnes sepenuh masa kerana mereka yakin pasti akan kaya & berjaya jika mereka ikut betul2 formula M.E.S.T.I. Haaa, nak taw ape tu makna MESTI?? Jom join seminar Dr. Azizan Osman. Pasti akan tahu dengan detail formula itu. So perkongsian semalam (2 November 2013) dengan Abg Zaidi & Akak Maza ini memang cukup terkesan di jiwa & sanubari saya.
`
They are a very3x positive minded person (punyai attitude yg sama macam kak Anis & abg Junaidy Abu Bakar). Pesan mereka kpd kami, jika kita ditimpa kesulitan/ musibah, jangan pandang dari sudut yg buruk. Sebaliknya, pandanglah dari sudut yg PENUH BERHIKMAH. Tuhan Yg Maha Esa mendatangkan ujian kepada kita untuk menguji kita & melihat reaksi hambaNya dikala kita ditimpa ujian itu, adakah kita mengeluh, komen2, komplen2, maki hamun sana sini, marah2 ATAU adakah kita bersyukur, hati tetap tenang & yakin pasti ade HIKMAH tersembunyi dari Allah.
`
Di samping itu, mereka ade berpesan, jika kita makan, then kite rasa makanan tu tak sedap. JANGAN KOMPLEN!!! Senyap2 sudah. Makanan, minuman itu adalah rezeki dari Allah. Jika kita komplen2, rezeki pasti akan jauh dari kita. Banyak lagi yg mereka share kan kpd kami. InsyaAllah akan kami hayati setiap pesanan berhikmah mereka itu & jadikan panduan utk jalan kehidupan kami kelak.
`
Apa2 pon ,setinggi2 tahniah kepada mereka berdua kerana bakal membuka sebuah lagi kedai Shugarholic dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah , memang rezeki yg x disangka2 yg Allah beri kepada mereka. Bak kata mereka, mereka gunakan The Power of MIND. Mereka selalu sebut2 dalam kehidupan seharian mereka ayat ni:
"Kita akan buka satu kedai lagi".
`
Sahabat2 ingat lagi ape pesan Dr. Azizan Osman yg sy selalu sebut2 kan?? Jom same3 kite sebut & hayati ayat ini:
"Ape yg kita fikir, ape yg kita rasa, ape yg kita cakap, apa yg kita buat, semua itu adalah DOA!!!"
`
Alhamdulillah, memang jadi kenyataan apa yg mereka impikan selama ini. Nampak macam x logik je kan?? Tapi jika kita selalu sebut2 apa yg kita nak, kita tulis dgn jelas impian kita, InsyaAllah Allah akan mudahkan & tunjukkan kita jalan bagaimana nak realisasikan apa yg kita impikan itu. Selamat maju jaya saya ucapkan utk abg Zaidi & kak Maza. Anda Jutawan Industri!!
`
* Ayat pujangga abg Zaidi before kami end the session:
TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK CINTA MAKA TAK KASIH, TAK KASIH MAKA TAK SAYANG.
Salam Sayang buat semua
heart emotic

heart emoticon





 heart S
[ GAMBAR KONVOKESYEN UMT ] -  1 DISEMBER 2013

Alhamdulillah selamat menerima gambar konvokesyen baru2 ini. Inilah rupa seorang bakal jutawan industri. Amiin smile emoticon
Ini sedikit info tentang saya:
* Dilahirkan di HUSM Kelantan
* Dibesarkan sepenuhnya di Negeri Sembilan
* Berstatus masih bujang 
* Sudah menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Teknologi Maklumat
* Mempunyai minat yang sangat3x mendalam dalam bidang bisnes & keusahawanan
* Sekarang sedang aktif menjalankan bisnes kek Anis Choc Moist Cakekhusus di kawasan Shah Alam dan sekitarnya
* Sedang giat menuntut ELMU keusahawanan dengan founder Anis Choc Moist Cake, iaitu Puan Sophiahanis (kak Anis Cmc) & CEO nya, tuanJunaidy Abu Bakar bersama2 dengan stokis ACMC Subang Jaya, tuanShaharulnizam Ahmad
* Sedang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan di bawah syarikat sendiri iaitu Anis Choc Moist Cake - Lovely Choco Taste
* Sangat3x berminat dengan ELMU pelaburan emas, saham & hartanah
* Sedang menuntut ELMU pelaburan dgn pihak Richworks Group Of Companies dengan bermentorkan mentor yg pakar dalam pelaburan emas iaitu Ir Sofian (beliau merupakan Jutawan Logam), mentor yg pakar dlm pelaburan saham iaitu tuan Haji Mohd Asri (beliau merupakan jutawan dalam pelaburan saham)
* Bercita2 tinggi untuk menjadi graduat di University of Life

Akhir kata, saya sangat3 bercita2 murni untuk menambah nilai dalam kehidupan orang lain.
Doakan saya kaya & berjaya dunia akhirat. Amiin heart emoticon heart emoticon heart emoticon 



smile



[ BISNES MAKIN HURU HARA ] - 17 DISEMBER 2013
`
Alhamdulillah dengan izin Ilahi Yang Maha Kuasa, bisnes yg saya ceburi kini semakin huru hara bara bere.... Teringat lagi di bulan 7 yg lalu, beli sekotak yg 50 bekas kek Anis Choc Moist Cake pon, sangat lama nak tunggu untuk habis. Sebab time tu x de pencerahan ELMU & x nampak dengan terang lagi bersuloh jalan2 dlm bisnes ini.
Selepas duduk bertalaqqi menuntut ELMU dengan insan2 hebat lagi jutawan seperti akak Anis Cmc, abang Junaidy Abu Bakar & abang Shaharulnizam Ahmad , Alhamdulillah kini, 1 kotak seminggu komfem x cukup punye. Mesti kena minima 3 kotak dan sekarang dlm proses untuk masuk kepada 4 kotak & ke atas untuk seminggu. Alhamdulillah Syukur Syukur Syukur Pada Mu Ya Allah heart emoticon heart emoticon heart emoticon
Doakan saya menjadi jutawan industri yg kaya & berjaya dunia akhirat!!! Amiin




 
ssmile emoticonddd
[ BISNES FULLTIME DI TAHUN 2014 ] - 19 DECEMBER 2013
`
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. smile emoticon
Tahun 2014 merupakan tahun di mana saya mengorak langkah berbisnes fulltime dlm industri makanan. Kenapa saya BERANI BERNIAGA??? Sebab saya sudah ada ELMU dan saya ada M.E.S.T.I (Mentor- Elmu- Sistem- Tindakan-Impian). Dan saya yakin & percaya dengan Kuasa Rezeki (The Power of Rezeki) dan apa yang paling penting, rezeki itu milik mutlak Allah Taala (bukan hak milik manusia). Jage hubungan baik kite dengan Allah Taala & hubungan baik dgn manusia (hablumminallah wa hablumminannas), percayalah Allah pasti kurniakan rezeki Nya kepada kita dari sumber yang tidak disangka2.
`
Suke untuk saya tekankan di sini, kite sebagai manusia biasa yang mengimpikan hidup yang LUAR BIASA , sama2 lah kita menjaga hati & kolam jiwa kite. Sentiasa berbaik sangka, fikirkan hal yang positif2 dan jangan sesekali bersikap dengki dengan orang lain. Ditambahkan lagi dalam sehari kite banyakkan istighfar, selawat dan zikir kepada Allah Taala. Apabila kite jage semua benda ini, insyaAllah kite akan lihat keajaiban di mana sangat mudah untuk kite menjemput rezeki.
`
Akhir kata, doakan saya menjadi jutawan industri yang kaya & berjaya dunia akhirat. Amiin. smile emoticon heart emoticon heart emoticon heart emoticon
* Jangan lupe solat Dhuha ye nanti smile emoticon
~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari smile emoticon ~
[ THE POWER OF FOCUS - PART 2 ] -  22 DECEMBER 2013
`

Nampaknya ramai lagi yang
tak faham kan maksud sebenar The Power of Focus ni. Jika anda lihat gambar di bawah, pasti anda nampak bnyak buku bil dan fail warna warni kan? Ini lah yg sedang saya buat sekarang, berniaga produk Anis Choc Moist Cake sahaja tapi ini lah yg membuatkan saya betul2 fokus dgn apa yg saya lakukan. 


Setiap 1 buku bil ini terhad hanya untuk 1 outlet dan di sini Alhamdulillah saya dapat membuat satu sistem pengurusan kewangan yang sangat2 efisien. Ramai orang kite salah faham, baru je start berniaga dah sampai 9 produk siap campur2 industri makanan dgn industri bukan makanan. I wonder macam mane pengurusan kewangan you all yang berniaga bnyak2 sangat produk ni??? Apa yg u all kejar sebenarnye?? Duit?? Duit dikejar akan lari. Percayalah. And kalau yang berbisnes banyak2 produk ni betul2 ikot sistem pengurusan kewangan yang betol, supposedly dah bergelar jutawan dah. So, hayatilah semula cakap sifu kita iaitu The Power of Focus.


Alhamdulillah saya sangat gembira apabila mendengar kisah kekayaan kejayaan seorang sahabat saya yang merupakan dealer anis cmc ini. Outlet nye dh 40 tempat ke atas dan setakat ini Alhamdulillah beliau berjaya mengaut keuntungan dalam rm8k seminggu!!! ( bukan sebulan taw, ape macam sentap tak????). Jutaan tahniah saya ucapkan kepada beliau.

Kesah kejayaan beliau ini membuatkan saya semakin2 positif minded dan mahu maju ke hadapan lagi. Kata2 semangat beliau yg saya tak kan lupekan: "Buat Sesuatu Itu Dengan Penuh Emosi, InsyaAllah Pasti Berjaya" smile emoticon heart emoticon heart emoticon heart emoticon

[ MARI JADI BAHLUL YANG MENJUAL ISTANA PASIR!]
`
Seketika dahulu ada seorang lelaki hendak menjual sebuah istana yang dibuat dari pasir dengan harga beberapa ratus dinar.
`
"Mari belilah istana pasir ini nescaya anda akan dapat istana yang tersergam indah! Percayalah!!!"
`
Punya ramai yang mendengar tawaran jualan itu namun tiada siapa yang berminat dan percaya akan cakap si Bahlul.
`
Namun seorang isteri Khalifah, Siti Zubaidah kebetulan lalu berdekatan dengan tempat Bahlul berjual datang bertanya, "Benarkah jika dibeli maka akan diberikan istana yang indah?"
`
Setelah diyakinkan oleh si Bahlul maka Siti Zubaidah pun membeli istana pasir tersebut dengan harga beberapa ratus dinar.
`
Apabila Siti Zubaidah pulang ke istana, suami Siti Zubaidah iaitu Khalifah Harun ar Rashid telah pun mengetahui tentang kisah isterinya itu lalu menyindir tindakan isterinya itu yang kurang cerdik mempercayai yang istana pasir bakal bertukar menjadi istana mahligai indah.
`
Namun apabila malam tiba, Khalifah Harun ar Rasyid telah bermimpi bahawa baginda telah melihat sebuah istana yang amat besar lagi cantik di dalam syurga.
`
Baginda datang menghampiri istana berkenaan dan cuba untuk masuk ke dalam istana namun niat baginda itu tidak kesampaian kerana di halang oleh penjaga istana berkenaan. Penjaga istana di syurga itu mengatakan kepada baginda bahawa istana tersebut dimiliki oleh Siti Zubaidah isteri baginda.
`
Rupa-rupanya yang menjual istana pasir kepada Siti Zubaidah, permaisuri Khalifah Harun ar Rasyid adalah Bahlul al-Majnun seorang wali Allah.
`
Duit dari hasil jualan istana pasir tadi, Bahlul al-Majnun telah sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan. Mengetahui tentang itu, kemudiannya Khalifah Harun ar Rasyid telah pergi menjumpai Bahlul al-Majnun untuk membeli istana pasir yang sama.
`
Tatkala menyuarakan hasrat baginda, Bahlul al-Majnun mengatakan,
"Sesuatu yang sudah nampak kini sudah tiada nilainya"
`
Maka hampalah Khalifah Harun ar Rasyid untuk memiliki istana di dalam syurga seperti yang baginda nampak di dalam mimpinya.
`
Pengajarannya maka beribadahlah sementara Allah belum menunjukan ganjarannya. Kelak sudah ditunjuk maka tiadalah bernilai sebarang ibadah.

- admin Fatah -
[ MENUJU KE ARAH MINDSET JUTAWAN YANG HIDUP LUAR BIASA ] - 13 FEBRUARI 2014
`
Alhamdulillah sehari demi sehari, saya melangkah terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Rakan2 sekeliling saya juga turut berubah sedikit demi sedikit dari rakan2 yg biasa2 kepada rakan2 yg hidup luar biasa yg sentiasa 'positif minded' & mempunyai minda jutawan yg penuh keberkatan dunia akhirat.
`
Alhamdulillah, ramai rakan2 jutawan & bakal jutawan dalam masa terdekat ini yang sudah pun dalam friend list saya & saya sentiasa follow mereka utk mendengar nasihat2 & kata2 positif dari mereka. Antaranya ialah mentor saya sendiri, Dr Azizan Osman (seorang Multi Millionaire yg tidak pernah lokek berkongsi ELMU kpd bangsanya sendiri), tuan Hj. Mohd Asri (mentor pelaburan Saham), puan Anis Cmc& tuan Junaidy Abu Bakar(Jutawan Kek Coklat Anis Choc Moist Cake, tuan Ir Sofian (Jutawan Logam), tuan Aqif Azizan tuan Abdul Basit, tuan Roslan Ab Hamid, puan Rina Shahar tuanHaryzat Zulzahary, pasangan tuan Zaidi Hassan& puan Maza Asma Mustaffa (bakal jutawan Shugarholic Confectionery ), tuan Shaharulnizam Ahmad (bakal jutawan Super Crispy Cookies), tuan Saiful Nizam(bakal jutawan yg pakar dlm bidang pemasaran di FB) dan ramai lagi.
`
Macam biasa, jika kite sudah maju step further dari mereka yg biasa2 ni, mulalah ade suara2 biawak yg tidak puas hati even isu kecik je pon akan dipertikaikan, malah ade yg jeles giler dgn kemajuan saya, ade yg mempersoalkan tahap kejujuran saya, ade yg memandang serong pada saya & macam2 lagi lahh~
* No Biawak Zone Please * grin emoticon

Bagi saya, itu ialah part of transformasi diri saya dari hidup biasa2 kepada hidup yg luarrr biasa. Allah beri sedikit ujian kepada saya utk melihat adakah saya mampu hadapi ujian dari-Nya & jika terbukti saya berjaya mengharunginya, maka Dia akan up kan level saya ke level yg lebih atas lagi. Allah sentiasa mengikut sangkaan hamba2-Nya.
`
Saya mengucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada Dr Azizan Osman yg telah membuka mata & pemikiran saya selama ini. Dahulunya sebelum saya mengenali DAO, saya suke komplen2 kata DUIT TAK DE lah, DUIT TAK CUKUP lah, berburuk sangka lah + memang kolam jiwa saya sangat keruh & berkeladak habis. Waktu itu, saya sendiri tak sedar yg kata2 saya itu adalah DOA!!!. Saya komplen duit x cukup, memang Allah benar2 bagi saya keadaan duit tak cukup itu sehingga dalam akaun time tu tinggal bawah rm5 je!
`
Alhamdulillah selepas memahami & menuntut ELMU dari DAO, saya haramkan ayat itu terpacul keluar dari mulut saya. Sebabnya saya sangat2 faham konsep ape yg kite FIKIR, ape yg kita CAKAP, apa yang kita RASA, apa yg kita BUAT, semua itu adalah DOA!!! Sekarang saya sangat bahagia dengan life saya malahan saya sudah mampu menyumbang utk mereka yg benar2 memerlukan. Syukur padaMu Ya Allah Tuhan Pemilik Rezeki & Yang Maha Memberi Rezeki.
[ 10 SEBAB KENAPA SAYA KATA ANDA "BANGANG" ] -  19 FEBRUARY 2014
`
10 sebab kenapa saya kata anda "Bangang" jika anda termasuk dalam beberapa jenis manusia ini:-
`
1- Masih belum mulakan berniaga. Samada produk sendiri, perkhidmatan sendiri atau memasarkan produk/ perkhidmatan orang lain, walaupun dah hadir Nenek Seminar.
2- Seronok kerja membeli produk atau perkhidmatan orang lain dengan niat "Kesian" atau "nak tolong dia".
3- Join group whatsapp atau FB group yang anda tidak kenali dan kemudian anda join serta sukarela membeli barang atau stok yang anda tidak perlukan atau menjadi ahli kerana "kesian dia".
4- Nak pasang 1 banner pun ambil masa 12 bulan nak fikir apa ayatnya. Dan disebabkan tidak tahu apa ayatnya, maka anda batalkan hasrat nak gantung banner.
5- Bersemangat hanya sekejap untuk lancarkan marketing campaign. Sekarang dah "sejuk".
6- Salahkan saya kerana anda baru cetak satu flyer dan tidak ada orang call. Cetak jer..... Tak distribute pun.
7- Seronok tengok orang bertindak dan dapat hasil. Seronok siasat apa orang lain buat dan anda pun teruskan tidur.
8- Masih sedang cari modal dari kerajaan sebanyak RM500,000 untuk mulakan perniagaan karipap.
9- Tak suka kongsi dengan orang di FB tentang apa yang anda boleh bantu. Suka post status tentang perkara yang tidak mendatangkan hasil.
10- Suka tanya pendapat tentang berniaga dari orang yang berniaga pun tak atau berniaga pun tak ke mana sangat. Anda tanya orang yang kerja makan gaji tiada ilmu berniaga & marketing tentang patut tak anda pasang banner untuk promote bisnes dan dia jawab "buang duit", anda "bangang" 10 markah penuh di situ jika anda dengar cakap dia.

Pesanan sentap daripada Mentor ‪#‎DrAzizanOsman‬
Sebarkan untuk manfaat semua.
"Like" & "Share" jika setuju!
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah,
CEO & Founder,
Lovely Choco Taste
[ TIANG BISNES ] - 6 MAC 2014
`
3 tiang yang paling kukuh perlu dibina dalam sesebuah syarikat ialah.
Kepimpinan (Leadership)
Jualan (Sales)
Khidmat Pelanggan
( Customer Service)

Kalau salah satu dari tiang ini tak kuat, boleh menyebabkan sesuatu bisnes tumbang tak kira bisnes kecil atau syarikat gergasi.
Mmm...banyak lagi nak kena buat ni... heart emoticon heart emoticon heart emoticon
[ THE POWER OF RELATIONSHIP ] - 18 MAC 2014
`
Alhamdulillah semalam dapat restock kek di 7 outlets. Ape yg bestt nye ialah kemesraan yg terjalin di antara saya dan pihak outlet. Mostly pekerja utk Stesen Minyak ialah warga Bangladesh. Dan sy bersyukur sangat3 kerana mendapat layanan yg cukup istimewa daripada pihak mereka. Bile kite memahami dan spent some time beborak2 bersembang dgn mereka, sebenarnye mereka rasa sangat3 dihargai & Ya Allah, rupe2 nye mereka pon sangat ok utk kite sembang2 santai & memang mcm dah jadi kawan2 rapat dah. Sangat banyak benda yg mereka cerita. Setiap 1 tu sy dgr dgn teliti. Nama diorang pon dah memang ingat dlm kepala dah..
`
Kalau Kobe, itu pekerja di Shell Batu 3, Mojidul pulak pekerja di Caltex Dengkil, Din Islam pekerja di Caltex Glenmarie, Syuhir pekerja di Shell Dengkil.
`
Saya ambil contoh Kobe. Beliau merupakan pekerja yg sangat rajin di Shell Batu 3. Die cerita pasal kehidupannye dan familinye di Bangladesh sana. Tersentuh hati saya bagaikan slot BersamaMu dah rasenye time tu. Die kata die datang Malaysia utk cari duit sara hidup utk famili die di sana. Setiap bulan, duit gaji die dapat, die akan transfer ke sana. Katanya lagi, nak balik sana, tiket flight mahal jugak. So memang die jarang balik ke sana. Lama borak dgn die, matanya sudah berlinangan dgn cecair kristal dah. Sy faham, die memang rindu sangat3 dekat anak2 dan isteri die. Tambahnye lagi, dulu die pernah berbisnes menjahit di sana, upah jahit, ade yg orang hantar kain die jahitkan, ade yg terus tempah dan jahit. Nampak kan semangat die sebagai seorang ketua keluarga mencari nafkah utk seisi keluarganya. Respek3.
`
Yg borak2 bersama dgn Mojidul yg kerja di Caltex Dengkil itu, dari situ lah sy mendapat satu Elmu baru yg mana,rupe2 nye Bangladesh ini, boleh faham tutur bahasa India. Al kesah nye, saya tanya die,kenapa bukak Radio Channel India. Boleh faham ke? Sekali die explain, diorang dlm percakapan Bangladesh, sebahagiannye ade yg memang same dgn bahasa India tu. So, die pulak yg explain kat saya, same lah mcm Malaysia dengan Singapore. Orang Malaysia boleh faham cakap bahasa orang Singapore.
`
Seronok bile kite layan mereka dgn baik. Mereka lebih3x lagi beri layanan utk kite. Rase mcm VVIP betol. Seronok rasenye, bile kite buat baik dgn org, org akan buat baik smula dgn kite. X perlu risau mereka ini keturunan bangsa mana ape semua, percayalah buat je kebaikan sehabis yg termampu. The More You Give, The More You Get Back
`
Salam Usahawan,
Muhd Fatthullah Al Fatah,
CEO & Founder,
Lovely Choco Taste
[ DUIT SENTIASA MENGALIR MASUK KE DALAM BANK AKAUN SAYA ]

Wow!!..
Dapat rasa kan macamana bestnya kalau duit sentiasa masuk dan masuk dalam bank akaun syarikat kita..
Setiap hari cash bertambah-tambah dalam bank akaun syarikat kita...Bestnya!!....Hari-hari, hari rayalah!..
Inilah dia affirmation atau declaration saya pada hari ini.
" SYUKUR YA ALLAH, DUIT MENGALIR MASUK KE DALAM BANK AKAUN SYARIKAT SAYA (LOVELY CHOCO TASTE) TANPA HENTINYA!!"
Terima kasih Ya Allah.... heart emoticon heart emoticon heart emoticon
[MENJEMPUT REZEKI DENGAN BERSYUKUR]
`
Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda, bersyukurlah. Memang tiada jalan lain kecuali bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur. Apabila mendapat nikmat kita bersyukur dan apabila mendapat mudarat kita bersabar.
`
Dan (ingatlah) ketika TuhanMu memaklumkan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat keras.
(Surah Ibrahim 14: 7)
~Credit to buku Tarbiah Rohani Mudahnya Menjemput Rezeki
heart emoticon heart emoticon heart emoticon
`
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah,
CEO & Founder Lovely Choco Taste.
[ Fadhilat Surah Al- Waqiah ]
`
Surah ini memang menjadi warisan orang-orang alim kepada keluarga mereka:
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Sesiapa membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya."
Abdullah bin Mas'ud selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam. (Riwayat Baihaqi).
Credited to Buku Tarbiah Rohani Mudahnya Menjemput Rezeki
`
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah,
CEO & Founder Lovely Choco Taste.
[Jadi Ahli Syukur]
`
Lain shakartum la'azidannakum, wa lain kafartum inna azabi lashadid.
Barang siapa yang bersyukur maka akan Aku tambahkan lagi dan barangsiapa yang kufur(ingkar) maka azabKu amatlah pedih. (surah Ibrahim ayat 7)
`
Credit to page Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
`
Salam Kesyukuran,
Muhammad Fatthullah Al Fatah,
CEO & Founder Lovely Choco Taste.
[ CABARAN YANG HEBAT UNTUK ORANG YANG HEBAT!!! ] - 10 JUN 2014
`
Bermakna sungguh kan tajuk ni?? Kawan-kawan sekalian ingat jutawan-jutawan yang kaya dan berjaya sekarang ni, sebelum mereka bergelar jutawan, ujian mereka ringan je ke????
`
No no no. Tidak sama sekali. Saya ambil contoh yang paling terdekat dengan saya iaitu pengasas kek coklat Anis Choc Moist Cake ini iaitu Akak Anis dan Abang Junaidy. MasyaAllah cabaran mereka tersangat-sangat hebat. Berbagai-bagai turning point yang mereka lalui. Nak dengar sedikit sebanyak kesah jatuh bangun mereka??
`
First of all, rumah mereka dilelong itu merupakan antara cabaran yang cukup hebat bagi mereka. Dah la time tu mereka sudah ade anak-anak dan masih kecil lagi. Bayangkan rumah kena lelong, seribu satu ikthiar mereka fikirkan macam mane nak survive lepas tu. Sampaikan jiran-jiran sekeliling mereka tanya, "Eh rumah korang ke yang kena lelong tu??". Malu tak terkata mereka bila jiran tanya macam tu. Sentapp!!!
`
Kemudian cabaran bab kereta mereka pula. Kereta Proton Saga first model yang mereka bawak time tu memang dah tersangat uzur. Dah la banyak kali rosak sana sini, kena tukar enjin dua kali pulak tu. Sape je yang sanggup survive macam tu?? Mereka survive dalam terpaksa kerana kewangan mereka waktu tu tersangatlah limited edition.
`
Kesah ini agak menyayat hati di mana supervisor Petronas sendiri yang menjadi saksi dan menceritakan semula pada saya bagaimana die sebagai seorang insan biasa pon jatuh kasihan tengok kak Anis yang tersangat tabah di awal-awal perniagaannye dahulu.
`
Rutin kak Anis dulu kala ialah naik kereta Proton Saga klasik first modelnya tu dan keluar dari kereta dengan bawak bakul penuh berisi kek. Time tu kak Anis tengah sarat mengandung. Memang sapa yang nampak rase kesian sangat. Yelah, sape yang tak kesian tengok ibu yang sarat mengandung bawak bakul berat-berat berisi kek coklat. Jatuh simpati pon ade. Sob sob frown emoticon
`
Itulah yang diceritakan oleh supervisor stesen minyak Petronas kepada saya sendiri. Beliau menjadi kawan kak Anis di kala beliau belum lagi menjadi jutawan dan masih hidup sebagai golongan biasa-biasa. Alhamdulillah sekarang, kak Anis dan abang Junaidy, sudah mampu membeli dan tinggal di rumah banglo milik mereka bernilai rm4 juta lebih, keretanya pula ada tiga terdiri daripada Toyota Alphard, Mini Cooper dan sebuah BMW.
`
Kawan-kawan lepas bace kesah mereka ni, ape macam?? Nampak ke nampak? Cabaran yang hebat untuk orang yang hebat. Saya suka mengambil contoh kak Anis sendiri kerana apa yang saya lalui sekarang ini, telahpon kak Anis lalui di zaman lampaunya beberapa tahun yang lalu.
`
Mereka mula berubah apabila mereka menghadiri Seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks yang mana ia sangat-sangat membantu bukan sahaja dari segi teknik-teknik pemasaran yang profesional dan betul, bahkan ia merangkumi konsep jasmani, rohani, hati dan akal fikiran yang mana mampu menjemput pelbagai bentuk rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
`
Berbekalkan elmu yang penuh di dada. InsyaAllah pasti setiap cabaran kita dapat lalui dengan tenang dan tabah. Semoga kite semua menjadi semakin kaya dan berjaya dengan penuh keberkatan dunia akhirat. Amiin.
`
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah
[ THE COMBINATION OF THREE POWERS - THE POWER OF DOA, THE POWER OF SEDEKAH, THE POWER OF YAKIN ]  - 17 JUNE 2014
`
Seperti yang saya janjikan, saya akan share kan kesah penuh magik saya yang mana saya pasti sahabat fb semua pasti tertanya-tanya kan apekah kesah realiti yang saya katakan tidak logik dek akal namun penuh magik di posting pertama saya pagi tadi??? Betol ke betol?? smile emoticon
`
Baiklah, al kesah nya macam ni. Last week yakni dalam hari Khamis, waktu tu dah masuk hari keempat saya letakkan kek di ketiga-tiga outlet saya di Shah Alam ini. Sebab ikot jadual dan route delivery, ketiga-tiga outlet ni saya memang hantar serentak. Bermula dengan restok kek Anis Choc Moist Cake pada awal minggu lepas di Restoran Mr. Sambal di Seksyen 15, Shah Alam (restok sebanyak 12 bekas) kemudiannya saya ke Restoran Chinese Muslim Adam Lai juga di Seksyen 15 (restok sebanyak 13 bekas) dan last pit stop di Shell Batu Tiga Exit Federal Highway (restok sebanyak 10 bekas).
`
Hari Khamis tu saya update dengan kesemua outlet-outlet ini. Kebiasaannya jika hari keempat saya update, jumlah kek di setiap outlet ini pasti separuh daripadanya dah habis terjual. MasyaAllah waktu tu agak terkejot apabila melihat di Restoran Mr. Sambal masih lagi berbaki 11 bekas ( baru terjual 1 bekas sahaja) manakala Restoran Adam Lai masih lagi berbaki 9 bekas ( baru terjual 4 bekas sahaja) dan Shell Batu 3 masih lagi berbaki 5 bekas.
`
Namun itu semua takkan membuatkan saya mengambil biola dan menggeseknya di bawah pohon ketapang di pulau terpencil hahahaha tongue emoticon
`
Nak tahu apa yang saya buat????? Saya back to basic (bermaksud kembali kepada Yang Maha Kuasa yakni Allah Taala). Balik rumah selepas update dengan ketiga-tiga outlet tu, saya terus ke tikar solat, saya solat dua rakaat dan pada sujud terakhir sebelum beri salam itu saya mengadu pada Allah Taala mengenai kesah saya ini (mengadu di dalam hati, bukan pada ucapan ya). Selepas beri salam dan zikrullah, angkat tangan berdoa sekali lagi pada Allah dan memohon mengadu directly pada dia. Dulu sewaktu saya belum cuci kolam jiwa, nak mengalir air mata tu punya lah susah. Bajet diri ini dah cukup alim, dah cukup hebat. Namun selepas cuci kolam dalam sesi program IMKK Dr Azizan Osman, saya lebih faham erti kehidupan dan setiap kali mengadu pada Allah,membuatkan kita lebih mudah mengalirkan air mata.
`
Maka, pasti ade yang tertanya-tanya kan ape je yang kite nak sebut waktu berdoa tu?? Ini cara yang saya lakukan:
1) Waktu sebelum doa lagi, hati kite dah connected 100% pada Allah, kite akan rasa suatu ketenangan yang setenang-tenangya dan bulu roma kita mula meremang-remang.
2) Sewaktu berdoa,saya fokuskan pada apa yang saya doa. Permulaannya Puji-pujian pada Allah Tuhan Semesta Alam dan kemudian selawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W.
3) Sampai kepada content doa, saya mengadu pada Allah dengan sebenar-benar mengadu. "Ya Allah 
Ya Rahman Ya Rahiim, hambaMu ini mempunyai suatu situasi yang mana daku tidak dapat selesaikan dengan keterbatasan kuasaku sebagai hambaMu yang lemah ini. Ya Allah dengan RahmatMu, Kau gerakkanlah hati hamba- hambaMu yang berkunjung ke ketiga-tiga outlet tempat ku letakkan kek Anis Choc Moist Cake ini (Restoran Mr. Sambal, Restoran Adam Lai dan Shell Batu Tiga Federal Highway) agar mereka terpandang dengan kehadiran kek Anis di sana,seterusnya digerakkan hati mereka untuk mencuba dan benar-benar membeli kek Anis ini. Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Pemilik Mutlak Hati kesemua hamba-hambaMu yang kau ciptakan. Aku mengadu dan berserah diri padaMu Ya Allah. Sesungguhnya aku ini tiada daya upaya untuk menggerakkan hati mereka semua. Hanya Kau Yang Maha Berkuasa di Alam Semesta ini Ya Allah".
`
Dan sahabat semua tahu tak apa yang terjadi pada saya waktu itu??? Meremangnye bulu roma makin kuat dan saya yakin connection saya dengan Allah juga amat kuat dan dalam saya berdoa itu, air mata berjuraian sehingga membasahi pipi lantas jatuh ke baju. Sahabat semua takkan merasa saat sebegini sehinggalah sahabat semua berdepan dengan situasi seperti saya ini.
`
Dan sesudah selesai mengakhiri doa ini, saya yakin dengan sebenar-benar yakin yang Allah Taala pasti membantu saya dengan apa jua cara sekali pon. Hati saya tetap tenang dan yakin padaNya dan di sini saya aplikasikan Dua jenis Power yang mentor bisnes saya ajarkan iaitu The Power of DOA dan The Power of YAKIN!!!
`
Dan satu lagi tips yang mentor bisnes saya, Dr Azizan Osman ajarkan ialah jika ditimpa sebarang situasi di dalam bisnes ini, maka cepat-cepatlah bersedekah. Sebab, dengan bersedekahlah maka kita akan menjadi kaya. Dan dengan bersedekah juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah janji Allah pada hambaNya. Cuba lihat Hadis di bawah:
Rasulullah SAW bersabda,
"Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya."
(HR. Muslim).
`
Maka, setiap surau atau masjid yang saya pergi saya sedekahkan wang saya, dan yang pasti, bukanlah wang yang berwarna biru tu. Sebabnye mentor seringkali pesan, kita ni nak mengharapkan pertolongan Allah Taala agar diperluaskan rezeki kita, tapi kita sendiri lokek nak sedekahkan harta yang kita ada pada jalanNya.
`
Dan semalam, tiba saat untuk saya restok semula di ketiga-tiga outlet ini. MasyaAllah, nak menangis kesyukuran jugak rasenye time restok di ketiga-tiga outlet ini. Janji Allah itu pasti wahai sahabat sekalian. Bermula dengan restok kek di Restoran Mr. Sambal, saya masuk ke sana dan melihat ke kotak awesome dan kemudian bertanya kepada owner restoran, katanya ade baki 3 kek je lagi dekk. Ya Allah Syukur sangat-sangat kerana ade 3 je kek yang return. Baki semua telah habis orang beli dekk.
`
Selesai restok, saya ke outlet kedua iaitu di Restoran Adam Lai, pon situasi yang sama berlaku, iaitu ade baki 3 kek je yang return. Ya Allah, Magik dah ni. Bukan lagi logik ni. Selesai restok di Restoran Chinese Muslim tersebut, saya terus ke Shell Batu Tiga Federal Highway. Sampai di sana, memandangkan dah azan Maghrib, maka saya tunaikan dulu solat Maghrib berjemaah di surau Shell itu dan sesudah selesai, barulah start restok.
`
Saya tanya supervisor tersebut, Zuhairil namanya (juga student DAO IMKK batch Disember 2013), die kata baki return ade 3 bekas kek je. Ya Allah, bile dengar je Zuhairil cakap tu, rasa macam nak Sujud Syukur pada Allah time-time tu jugak di lantai kedai Shell tu. Sahabat semua bayangkan, hari Khamis minggu sebelumnya tu saya update dengan kesemua outlet ini, total baki belum terjual ialah 25 bekas semuanya dan mereka sendiri kata customer agak kurang kerana mungkin bercuti di luar kawasan Shah Alam(balik kampung).
`
Alhamdulillah dengan kuasa Allah Taala yang menggerakkan hati hamba-hambaNya untuk membeli kek ini, baki yang return hanyalah 9 bekas sahaja. Syukur padaMu Ya Allah. Nikmat mana lagi yang harus ku dustakan. Maka menjadilah daku di kalangan hambaMu yang bersyukur padaMu. Alhamdulillah. heart emoticon heart emoticon heart emoticon
So, nampak ke nampak magik yang berlaku pada saya semalam ??? Maka, waktu solat Isyak berjemaah semalam, di kala sujud terakhir itu saya mengucapkan dalam hati, "Syukur sangat- sangat padaMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa". Inilah yang mentor saya katakan, sebenar-benar hidup orang yang berbisnes ini ialah dirinya akan bertambah- tambah kebergantungannya pada Allah Taala.
Dan akhir kata, percayalah sahabat sekalian pada The Power Of DOA, The Power Of YAKIN dan The Power Of SEDEKAH. Itu lah The Great Combination Of Three Powers. Serahkan diri kita bulat-bulat pada Allah Taala kerana Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui Segala- Galanya.
Jom same-same kita solat Dhuha pagi ini. smile emoticon
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah